Sunday, September 13, 2009

Majlis Perjumpaan Pertama Kelab Rakan Pelajar SMGR Tahun 1993

Pada 12 September 2009 setelah 16 tahun kaki kami meninggalkan sekolah SMGR kami telah berjumpa kembali didalam satu majlis berbuka puasa yang ringkas. Bertempat di Pha-Pha Seafood Restoran. Pukul 6.00 petang Harliana dan keluarga adalah orang yang pertama tiba di restoran tersebut. Aku ingin berterima kasih kepada Abang Bob (pengurus restoran) yang telah mereservekan tempat untuk kami walaupun aku terlambat tiba di restoran beliau. Pukul 6.15 petang, Azlie dan kawannya tiba, sementara itu aku masih lagi tersekat di jalan raya. 
Dalam pukul 6.25 petang, aku tiba di restoran dengan perasaan yang bercampur baur. Apakan mereka akan mengenali satu sama lain, aku takut majlis ini akan menjadi senyap sunyi di mana semua menumpukan perhatian kepada makanan sahaja dan balik selepas itu. Lebih merisaukan aku bila memikirkan sambutan mereka nanti.
Setelah bertemu Azlie aku berjumpa Nana yang telah berada di meja makan. Aku kemudiannya ternampak Rahayu H.A (Ayu) yang berada bersama Azlie. Nana dan aku berjumpa di tempat letak kereta. Suasana gembira kelihatan di wajah mereka. Tak lama kemudian Shahnoor dan keluarga tiba, diikuti dengan Nas. Bertambah rancak perbualan kami. 16 tahun adalah satu tempoh masa yang agak lama. Selama itu kami tidak pernah mengadakan aktiviti sebegini. Last but not least Fendi dan keluarga tiba di restoran lagi 20 minit untuk berbuka puasa bersama Shahrazin (Mat Skru).
Kami beralih tempat ke meja dimana makanan semua telah terhidang. Gelak ketawa mengenangkan kisah lalu di zaman persekolahan, bercerita tentang hidup kami sekarang ini, tentang keluarga benar-benar di luar jangkaan aku. Nasib ada Nana dan Ayu yang benar-benar memeriahkan keadaan. Aku hanya terdiam enjoying the environment and look at them get together and laugh and sharing their life experience. Thank God everything going smoothly despite a few setback. 
Habis menjamu selera, Nas telah membuat cadangan untuk menubuhkan satu Alumni dimana untuk menyatukan kembali rakan-rakan pelajar SMGR tahun 1993. Semua sependapat dan ia membuatkan aku terkejut. I tawt this will be 1 time event only as from my experience they are more comfortable of not getting to close to each other. Bermacam-macam idea dan cadangan daripada mereka. Namun aku tak ambil berat sangat, mungkin sebab aku rasa mereka hanya bergurau sahaja. Tetapi apabila Nas meminta semua yang ada di atas meja menulis no telefon dan email di dalam sekeping kertas aku mula menimbangkan cadanagan mereka dengan serius. 
Maka........dengan ini tertubuhlah KELAB RAKAN PELAJAR SMGR 93 (KRPSMGR93). Objektif kelab ini untuk mengeratkan semula persahabatan bekas-bekas pelajar SMGR tahun 1993. Di samping itu mengadakan aktiviti seperti vacation,perjumpaan sesama rakan juga berharap kelab ini boleh menjadi support group for those who need help. Disamping itu, kelab ini juga berharap menjadi platform untuk networking sesama rakan. Segala detail mengenai Kelab ini akan dibincangkan pada perjumpaan yang akan datang (iaitu di Majlis Hari Raya pada ?????) 
Kepada sesiapa yang ingin meramaikan ahli kelab ini boleh email kealamat exsmgrbatch93@home.net.my. Jika sesiapa yang mengenali rakan-rakan pelajar tahun 1993, kami berharap anda berhubung dengan kami. Penubuhan kelab ini bukan untuk mencabar group yang sedia ada. Cuma ingin mencari rakan-rakan pelajar yang lama telah lost contact. Kami berharap tiada siapa yang akan berkecil hati.
Juga ingin berterima kasih kepada semua yang dapat hadir untuk Majlis Berbuka yang lepas. I hope you guys have a good time.
 
Ex SMGR

P/S: untuk pengetahuan Ahli KRPSMGR93 yang hadir pada 12Sep09, 
dana kelab adalah MYR62.10. Buat masa ini, saya akan menyimpan 
segala amanah didalam account yang saya buka khas untuk kelab.


 
Selepas Majlis Berbuka puasa 12 Sep 09
 ahli-ahli
Barisan Belakang Dari Kiri: Fendi,Mat Skru,Nas,Iwan
Barisan Depan Dari Kiri:Shahnoor, Azli, Nana, Ayu
 

1 comment: